Текстов песен в базе: 1 278 222
Zigurat

Zigurat

The Venopian Solitude

Текст песни

Sebutir batu kecil menghalang
Jalan liar
Disepak diterajang namun
Tak berganjak
'Mengapa kau persis?
Silalah beralih.'
Teriak si kecilku bilang
'Jangan menyeksa!'
Beliak si raksasa ujar
Jangan mencuba
Tentang kuasanya;
Walau kau yang punya
Undurkanlah diri yang
Kian reput mati
Sebelum hakiki merakusi ilusi
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu; kan jatuh
Seulas kiasan pagi dikocek buas
Sebulan keringat harian
Disorok lekas
'Bungkus hati kita, dan
Segera berlayar'
'Jangan tinggal aku seorang di sini
Hari naik detik
Kandungan mengalir
Lindungilah aku, ibu pertiwi mu'
Undurkanlah diri yang
Kian reput mati
Sebelum hakiki merakusi ilusi
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu;
Hilang semua permata
Lalu hilang jiwa si nusa dan bangsa
Pertiwi tak mampu lagi
Tegak berdiri
Dicemari tangan yang tiada jati
Undurkanlah diri yang
Kian reput mati
Sebelum hakiki merakusi ilusi
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu;
Kan jatuh
Yang kian mengubur tujuan
Masa lalu
Seharum manapun
Ketamakan mu itu;
Sesaat tercengang
Makin teruk dilaga
Didomba, diluka
Konon pejuang warga
Yang mahu hanya satu
Hajat lagi dikabul
Dengarlah rintih ku
Yang ingin kita maju
Поделиться ссылкой:
Короткая ссылка: https://tekstpesni.ru/s/hQf

Тексты других песен исполнителя

© 2017–2025 Тексты песен
Все тексты песен на сайте размещены пользователями, редакцией или собраны из открытых источников.
При копировании материалов ссылка на сайт обязательна.
Связаться
Уважаемые обладатели прав на музыку! На сайте не выкладывается музыка, ее нельзя скачать, послушать и тому подобное.